RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Setelah lama mencari resepi, harini baru dapat 😁

Sup Kicap Tulang memang le sangat glemer kat Pekan ni. 
hanya dihidang pada waktu malam selepas siangnya bergotong royong menumbang  & menyiang lembu @ kerbau. Side dish Sup Kicap selalunye kobis goreng, ikan masin & sambal belacan. 
Disebabkan menu ni hanya dapat di majlis2 kenduri kawen saja, makanya keinginan nak makan tu membuak buak la. 

Sekarang pulak musim covid ni mana ade kenduri. Kalau ade pun tak boleh jemput orang ramai. Hanya kalangan ahli keluarga terdekat je. So,x payah angan la nak makan sup kicap ni. Memang tak merasa. 

Harini anak teruna request nak makan Sup Kicap, maka ibu pun teringat kawan yg pernah buat Sup Kicap Legend nih. Dapat resepi terus buat.
Dalam peti ade gearbox bawak balik dr Kelantan semalam. Fuh.. Memang heaven la.. 
.
.
.




RESEPI SUP KICAP LEGEND. 
SIGNATURE DISH ORANG PEKAN
.

Bahan A:
Rempah tumis 4 sekawan
1sd kecik jintan manis
1sd kecik ketumbar 

Bahan B:
5 ulas b. Putih
1 labu b. Besar
2 inci halia
- blend
2 senduk kecik lada blend

Daging / Tulang
Bawang besar potong 4
Ubi Kentang (optional)
Lada kecik(optional) - utk rasa lebih pedas
Kicap Masin - pandai2 la sukat. Biar dapat warna yg dikehendaki.
Sedikit gula melaka

CARA BUAT :

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar gelegak dulu airnya baru letak daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging tu.
Masukkan juga kicap & gula melaka.
Masak sampai daging/tulang empuk.

3. Dah empuk boleh la masukkan kentang.Bila dah hampir2 nak tutup api boleh la letak bawang besar.
Rasa kuahnye.. Masin, sedikit pedas & ade rasa2 manis sikit.
Kalau cili blend jenis tak pedas boleh ketuk lada kecik & masukkan dalam kuah. 

Jika gunakan pressure cooker (pc), boleh rebus dulu tulang & daging sampai empuk, kemudian baru buat kuahnya 

ATAU

Tumis terus dlm pc,masuk bahan2 lain, dah didih masukkan daging & tulang, masak hingga empuk. Bila dah siap baru masuk kentang. Set masa dlm 15mnt je lagi supaya kentang empuk. 

4. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit.. Fuhh! Wallaaa!

Somi cakap sedapppp! 
Sama macam makan kat kenduri kawen ☺️ 

Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih @ roti. 

Selamat Mencuba! 
.
.

Cik Niys, 
Suka Masak Suka Makan

Comments

  1. Lauk yg cpt habis klu kenduri lmbt mmg dpt kuah je.kawan minat berbenor ke lauk ni.lagi satu yg top kt kenduri adalah oppo daging. mmg nyangdor kawan dapat lauk ni.terima kasih pada blogger ni berkongsi resepi.kawan ni tk sempat lagi nk belajar masak lauk top kampung kawan.alhamdulilah ada yg kongsi resepi ni. Kawan merantau rindu lauk kampung

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts