CARA SINGKIRKAN BLACKHEAD


Biasakan dengar atau tahu berkenaan dengan blackhead? Bukan setakat ada blackhead, whitehead pun ada.
Kedua-duanya merupakan kumpulan jerawat yang biasa terjadi dalam kalangan orang wanita Asia terutama mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Apakah yang dimaksudkan dengan blackhead dan whitehead ini sebenarnya?
Nama perubatan bagi blackhead adalah Open Comedo iaitu kandungan yang menyumbatkan ‘pores’ pada kulit hingga menyebabkan kulit berwarna hitam di mana ia sering berlaku pada hidung, pipi, kawasan tepi bibir dan dagu. Senang cerita, blackhead adalah pori yang tersumbat dalam keadaan permukaan kulit terbuka.
Whitehead pula terjadi disebabkan lebihan minyak dan kulit mati yang terperangkap dibawah liang yang tertutup. Minyak dan bakteria yang terperangkap itu akan membentuk jerawat dalam yang berwarna putih atau kekuningan (kerana tiada tindak balas oksida). Whitehead boleh terjadi di semua bahagian muka dan badan.
Memang muka kelihatan kurang menyerlah bukan saat lihat tompok blackhead di depan cermin? Kadang, geramnya tengok dan mahu buang blackhead secepat mungkin. Sebelum itu, kenali dulu apakah penyebab blackhead.
Tak guna jika kita dah menemui jalan penyelesaian, namun blackhead muncul kembali tanpa diduga. Lagi teruk jika blackhead diserang bakteria di pori-pori muka yang akan mengundang jerawat yang datang.
Blackhead bukan berpunca dari kotoran di alam sekitar kita. Blackhead terjadi saat lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelenjar “sebaceous”. Apabila terdedah kepada udara, berlaku pengoksidaan yang menyebabkan warna lebihan minyak dan kulit mati yang tersumbat itu berwarna hitam.
Sebab itulah jika picit keluar blackhead ni, warna hitam hanyalah pada bahagian atas sahaja. Andai liang pori kita kecil, maka pendedahan pada udara adalah kurang dan yang terbentuk ialah whitehead.
Antara punca blackhead atau whitehead boleh berlaku ialah kurang minum air putih yang secukupnya, penggunaan make up yang tidak sesuai dengan jenis kulit muka, suka hati pakai produk pencuci muka atau skrup, hormon badan yang kurang seimbang dan pemakanan.
Jadi, bagaimana kita dapat atasi masalah blackhead atau whitehead di muka? Ikuti 6 cara di bawah :

#1 – Melakukan Rutin Harian Proses Scrubbing

Blackhead boleh dihilangkan dengan proses scrubbing yang ringan untuk bantu bersihkan kotoran dan mengangkat sel kulit mati. Sebaiknya pilih produk pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit muka berminyak.

#2 – Stabilkan Semula Penghasilan Hormon Dalam Badan

Salah satu punca tubuh badan hasilkan lebihan minyak pada muka adalah kerana hormon yang tidak stabil. Hal ini selalunya berlaku ketika alam remaja di mana kita mengalami perubahan akil baligh. Cara mudah ialah ambil supplemen.

#3 – Rajinkan Diri Cuci Muka Sebelum Tidur

Seharian, selama lebih 12 jam kita berada di luar rumah. Sebab itu penting bersihkan muka dengan air memandangkan kita terdedah dengan cuaca dan persekitaran yang tak menentu. Paling terbaik, ambil wuduk sebelum tidur.

#4 – Jaga Pemakanan Yang Sihat Dan Bantu Cantikkan Kulit Dari Dalam

Cara ini mungkin ambil masa namun bagus untuk waktu yang lama. Lebih-lebih kecantikan yang bermula dari dalam. Oleh itu, digalakkan untuk makan buah-buahan segar, sayur, bijirin penuh dan ikan. Ini mengurangkan pengeluaran minyak dan bantu hormon menjadi stabil.

#5 – Minum Air Paling Minimum 2 Liter Setiap Hari

Sesetengah orang rasa sukar nak amalkan minum air yang banyak. Berbanding air yang berperisa, laju saja minum. Apa kata cuba cara ini? Minum air 2 gelas setiap kali lepas habis solat. 1 gelas bersamaan 250ml. Andai minum 10 gelas, sudah 2 liter. Mudah je kan?

Comments

Popular Posts